BUMI GLOBAL VENTURE SDN BHD
Bumi Global Venture Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat bumiputera, ditubuhkan pada 20 Februari 2014, Bumi Global Venture Sdn. Bhd. memberi tumpuan kepada bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan, komited menuju matlamat untuk menjadi peneraju syarikat pengurusan hospitaliti di negeri Perlis dalam tempoh 10 tahun akan datang. Syarikat juga menetapkan matlamat untuk menjadikan Perlis sebagai negeri pelancongan makanan menjelang tahun 2025 selain turut membangunkan modal insan di kalangan Anak-anak tempatan sebagai fokus dan tanggungjawab sosial utama syarikat.
PENGENALAN SYARIKAT
Bermula dengan perniagaan perkhidmatan insurans am. Bumi Global Venture Sdn. Bhd. kini terlibat dalam sektor utama iaitu yang melibatkan sektor hospitaliti dengan memiliki sebuah hotel serta 10 unit homestay. Selain itu syarikat juga terlibat dengan sektor travel & tours, event management & retail. Syarikat juga dalam proses menceburi sektor penyediaan makanan selaras dengan hala tuju syarikat bagi membangunkan sektor pelancongan makanan.
VISI DAN MISI SYARIKAT
Visi utama syarikat adalah menjadi syarikat pengurusan hospitaliti yang utama di Negeri Perlis dalam tempoh 10 tahun akan datang. Selain itu syarikat juga terus fokus untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti serta membawa idea perubahan unik dan baru dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan yang diceburi.
Bagi memastikan visi syarikat dicapai, pembangunan tenaga modal insan, pengurusan yang sistematik, cekap dan berakauntibiliti sangat diberi perhatian dan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Syarikat juga sentiasa menambah dan meluaskan jaringan pemasaran melalui kerjasama di dalam dan luar negeri bagi memastikan visi di capai dalam tempoh yang telah ditetapkan.
BUMI GLOBAL VENTURE
Nama syarikat : Bumi Global Venture Sdn. Bhd.
Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad
Tarikh Pernubuhan : 20 Februari 2014
Penglibatan dalam Sektor
Sektor Tertier : Perlancongan
Aktiviti-Aktiviti Perniagaan
Hotel, Chalet, Inapan & Homestay
Perkhidmatan Carter
Aktiviti Travel & Tours
Perkhidmatan Insurans Am
Event Management
Kafe
Pembekal Barangan Hotel & Homestay
